umijudin
Menjengah tasik rasa seorang hamba...
Ahlan wa sahlan...
Kerana hidup hanya persinggahan sepi...penuhilah bekalan jiwamu dengan ketakwaan...
Tuesday 26 December 2017
Tuesday 21 February 2017
Thursday 18 July 2013
MARI BERPANTUN
Koleksi pantun rekaan sendiri untuk Pesta Pantun
Disiplin
Merekah selumbar pohonan jati
Usai terluka jari jemari
Bisakah digelar insan sejati
Andai tiada disiplin diri
Cengal ditatang cemara nan patah
Rekah berduri diranting dedap
Berakal matang berjiwa mentah
Bernilaikah pekerti tanpanya adab
Membeli suasa penghias cemeti
Cemeti berpukal diasak jeriji
Berbudi bahasa beradab pekerti
Mampukah dikekal akhlak terpuji
Teknologi IT
Usah ditagih janji dimungkiri
Tiada bererti tiada serasi
Teknologi canggih gajet bestari
Dapatkah IT menggerak generasi
Pasangan serasi ingin diraih
Megah bersampin memujuk hati
Teknologi komunikasi semakin canggih
Bisakah terpimpin generasi IT
Sekawan kedidi bersama undan
Melayang hebat di langit semarak
Rangkaian teknologi tiada sempadan
Bagaimana dapat yang keji dielak
Pohon keranji ranting menjalar
Berbuah melata di atas titi
Pengaruh keji mulai menular
Apa formula generasi IT
Pelancongan/Perayaan
Melati dijambangan berpilin lebat
Hiasan si dara berbaju kebaya
Industri pelancongan semakin pesat
Huraikan cara memajukannya
Laksamana ramah bersampin rupawan
Dipandang teman duduk di para
Apakah wadah pemangkin kemajuan
Bidang pelancongan untuk negara
Lazatnya kuini di dalam tempayan
Bersatu di para bersama longan
Bagaimana seni dan kebudayaan
Membantu negara di sektor pelancongan
Memukat kelah sembilang terjerat
Disampan nelayan menjoran sebarau
Masyarakat Sabah berbilang adat
Huraikan perayaan Kadazan dan Bajau
Pinggiran merah menebal di awan
Ufuk di danau menyatu biasan
Jelaskan sejarah asal perayaan
Unduk Ngadau ratu Kadazan
Sayangi sekolah
Pohonan bidara jambangan berduri
Akar berserak berbalam indah
Nyatakan cara mengelak buli
Andai merebak di dalam sekolah
Terbang kenari di angkasa melayang
Hinggap sang merbah dihujung akar
Jelaskan bukti tandanya sayang
Pada sekolah tempat belajar
Riangnya camar terbang meliar
Bayu bertiupan riuh berdendang
Sekolah tercemar murid terbiar
Apa tindakan warga penyayang
Mengkuang dihampar punah tercalar
Dijarah keris menghiasi damak
Internet penyebar fitnah menular
Mengapakah terhakis budi dan akhlak
Disiplin
Merekah selumbar pohonan jati
Usai terluka jari jemari
Bisakah digelar insan sejati
Andai tiada disiplin diri
Cengal ditatang cemara nan patah
Rekah berduri diranting dedap
Berakal matang berjiwa mentah
Bernilaikah pekerti tanpanya adab
Membeli suasa penghias cemeti
Cemeti berpukal diasak jeriji
Berbudi bahasa beradab pekerti
Mampukah dikekal akhlak terpuji
Teknologi IT
Usah ditagih janji dimungkiri
Tiada bererti tiada serasi
Teknologi canggih gajet bestari
Dapatkah IT menggerak generasi
Pasangan serasi ingin diraih
Megah bersampin memujuk hati
Teknologi komunikasi semakin canggih
Bisakah terpimpin generasi IT
Sekawan kedidi bersama undan
Melayang hebat di langit semarak
Rangkaian teknologi tiada sempadan
Bagaimana dapat yang keji dielak
Pohon keranji ranting menjalar
Berbuah melata di atas titi
Pengaruh keji mulai menular
Apa formula generasi IT
Melati dijambangan berpilin lebat
Hiasan si dara berbaju kebaya
Industri pelancongan semakin pesat
Huraikan cara memajukannya
Laksamana ramah bersampin rupawan
Dipandang teman duduk di para
Apakah wadah pemangkin kemajuan
Bidang pelancongan untuk negara
Lazatnya kuini di dalam tempayan
Bersatu di para bersama longan
Bagaimana seni dan kebudayaan
Membantu negara di sektor pelancongan
Memukat kelah sembilang terjerat
Disampan nelayan menjoran sebarau
Masyarakat Sabah berbilang adat
Huraikan perayaan Kadazan dan Bajau
Pinggiran merah menebal di awan
Ufuk di danau menyatu biasan
Jelaskan sejarah asal perayaan
Unduk Ngadau ratu Kadazan
Sayangi sekolah
Pohonan bidara jambangan berduri
Akar berserak berbalam indah
Nyatakan cara mengelak buli
Andai merebak di dalam sekolah
Terbang kenari di angkasa melayang
Hinggap sang merbah dihujung akar
Jelaskan bukti tandanya sayang
Pada sekolah tempat belajar
Riangnya camar terbang meliar
Bayu bertiupan riuh berdendang
Sekolah tercemar murid terbiar
Apa tindakan warga penyayang
Mengkuang dihampar punah tercalar
Dijarah keris menghiasi damak
Internet penyebar fitnah menular
Mengapakah terhakis budi dan akhlak
Saturday 21 January 2012
Kenangan Terindah di bumi Bawah Bayu..
Di sebuah sekolah tempat penulis pernah berkhidmat...Anak2 murid yg pelbagai ragam...
Penat...tp masih mmpu tersenyumm..
Jom gotong-royong...anak2ku...
One of the most beautiful resort you can find in Felda Sahabat, LD.
Inilah antara kenangan-kenangan semasa berada di Lahad Datu, Sabah..selama 6 tahun di sana...banyak sungguh kenangan yg terindah ..insyaAllah..ada ksempatan penulis ingin upload lagi gambar2 mnarik dari Sabah ni..begitulah antara kenangan sbg seorang perantau...Penulis jga ingin kongsikan ttg cara hdup masyarakat negeri Sabah yg mmpunyai pelbagai suku kaum dan cara kehidupan yg berbeza-beza...Buat sahabat2 dari Sabah...kalian ttp dalam ingatan...
Penat...tp masih mmpu tersenyumm..
Jom gotong-royong...anak2ku...
One of the most beautiful resort you can find in Felda Sahabat, LD.
Memang meriah Sambutan Maulidur Rasul antara sekolah-sekolah di Felda Sahabat..antara pertandingan yg diadakan ialah pertandingan sepanduk dan perbarisan...cantik kan?
Sunday 28 August 2011
Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini...
Di kesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun silap dan salah andai terguris rasa,terkasar bahasa dan sgla perlakuan sama ada sedar @ pun tidak..Semoga berbahagia sllu hendaknya..
Sunday 14 August 2011
Saturday 13 August 2011
Salam Ramadhan..
Salam ukhuwwah buat semua..apa yang baik kita kongsikan bersama...
Bersempena Ramadahan yang mulia ini...marilah kita saling bermaaf-maafan..disamping memohon keampunan kepada Tuhan..
Subscribe to:
Posts (Atom)