Ahlan wa sahlan...

Kerana hidup hanya persinggahan sepi...penuhilah bekalan jiwamu dengan ketakwaan...

Akulah makhluk tulang rusuk yang bengkok itu...

Sepanjang hidup, dah banyak asam garam kehidupan kulalui...samaada sebelum berumahtangga atau setelah berumahtangga..apapun..pengalaman bnyak mengajar erti kehidupan ini...aku mungkin bukan yang kamu,anda kenali dulu...mudah-mudahan...yang tersirat itu sebenarnya berlaku untuk kebaikanku...mudaha-mudahan aku mengambil pengajaran...
Biarpun lulusan Ijazah Perundangan ...aku tidak menyesal menjadi seorang pendidik..kerana itu adalah jiwaku..pernah dulu aku mengendalikan sebuah firma guaman.namun,..keterdesakan hidup,prinsip hidup yg kadang tercalar,kesibukanku merunsingkanku tentang rumahtangga dan anak-anak...lalu aku mengambil keputusan untuk menjadi seorang pendidik....Bukan sebagai pilihan terakhir..tetapi..menjadi pendidik adalah jiwaku..kemahuanku sendiri...dan sebahagian cita-citaku sendiri..
Mungkinkah aku akan kembali ke arena perundangan?..biarlah Allah sahaja yang menentukannya..
Namun apa yng kufikir sehingga kini adalah anak-anakku..satu amanah dan tanggungjawab yang masih belum selesai..berbekalkan hati yang rapuh,pergantunganku pdNya...mudah-mudahan ku peroleh jalan kehidupan itu...